Wednesday, 26 November 2014

Ulam-Ulaman

Secara umumnya, ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah dan bunga yang dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus sebelum makan. Ulam-ulaman, kaya dengan vitamindan zat galian bukan sahaja berpontensi mengubati penyakit-penyakit tetapi mempunyai bahan anti-oksidan.
Ulam terkenal sebagai hidangan utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar juga.

1.
Nama Ulam-ulaman : Pegaga

Nama Saintifik : Centella Asiatica

Khasiat : Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti zat makanan, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Penggunaan : Sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

2.
Nama Ulam-ulaman : Serai

Nama Saintifik : Cymbopogen citratus

Khasiat : Tumbuhan ini mempunyai rasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar.

Penggunaannya : Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan, sejenis tanaman rumpun yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Digunakan dalam teh, sup, masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan dan makanan laut.

3.
Nama Ulam-ulaman : Daun Saderi

Nama Saintifik : Apium Graveolens

Khasiat : Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan saderi sebagai ubat untuk mengubat tekanan darah tinggi.

Penggunaannya : Daun saderi yang dipotong kecil-kecildan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula.

4.
Nama Ulam-ulaman : Salad

Nama saintifik : Lactuca Sativa

Khasiat : Merupakan penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur, juga bertindak menenangkan dan melapang fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahanyang melanda.

Penggunaannya : Salad dimakan sejuk dan mentah atau memasak dan pentingnya batang pada sayuran sama seperti pentingnya daun.

5.
Nama ulam-ulaman : Jering

Nama saintifik : Pithecellobium Jiringa

Khasiat : Biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi ransangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit.

Penggunaannya : Jering boleh dimakan mentah ataupun dimasak, boleh juga dimakan dengan sos ataupun kelapa parut bergula.

6.
 
Nama Ulam-ulaman : Tomato Biji 
Nama Saintifik : Solanum lycopersicum
Khasiat : Mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah atau pun dimasukkan ke dalam masakan.

7. 

Nama Ulam-ulaman : Timun 

Nama Saintifik : Cucumis sativus  

Khasiat : Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit
garam dan dikumuh beberapa kali sehari. 

Penggunaannya : Boleh dimakan mentah atau pun dimasukkan ke dalam masakan
8. 

Nama Ulam-ulaman : Pokok Ulam Raja 

Nama Saintifik : Cosmos Caudatus 

Khasiat : digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang 

Penggunaannya : merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di 
cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

9.

Nama Ulam-ulaman : Kacang Buncis
Nama Saintifik : Phaseolus vulgaris
Khasiat : Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. 
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah atau pun dimasukkan ke dalam masakan
 
10.

Nama Ulam-ulaman : Petai 
Nama Saintifik : Parkia speciosa - Hassk.
Khasiat : Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantungdan penyakit kencing manis,mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah atau pun dimasukkan ke dalam masakan

11.

Nama Ulam-ulaman : Peria Katak 

Nama Saintifik : Momordica charantia. 

Khasiat : Peria Katak berpotensi untuk merawat jangkitan HIV.Peria Katak sering diperlihatkan  sebagai
sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manisjuga sebagai  bahan
untuk mencegah dan merawat demam malaria. 

Penggunaannya : rasanya yang pahit boleh disederhanakan dengan setakat tertentu melalui  membubuh
garam dan kemudian mencuci buah yang telah dipotong itu sebelum digunakan.digoreng, Peria Katak juga biasa digunakan untuk sup, dan sebagai teh.

12.

Nama Ulam-ulaman : Limau Kasturi
Nama Saintifik :  Citrus Microcarpa
Khasiat : Sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayi mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.
Penggunaannya :  Boleh dimakan mentah atau pun dimasukkan ke dalam masakan

13.

Nama Ulam-ulaman : Limau Nipis 
Nama Saintifik : Citrus Aurantifolia
Khasiat : Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A.
Penggunaannya : Sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan


14.

Nama Ulam-ulaman :Kunyit
Nama Saintifik : Curcuma longa
Khasiat : Sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit.
Penggunaannya :Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan. Daun dan bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam dan  kerabu 

15.
Nama Ulam-ulaman : Kangkung
Nama Saintifik : Ipomoea aquatica Forsk
Khasiat Kangkung juga sejenis sayuran yang cukup kaya ngan khasiat dan nutrisi untuk mengubati pelbagai penyakit dan permasalahan termasuk buasir, bisul, campak air, kelemumur, ulser dalam mulut dan juga sembelit.
Penggunaannya : Ia boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam

16.

Nama Ulam-ulaman Daun Kaduk
Nama Saintifik : Piper sarmentosum
Khasiat Daun kaduk merupakan antioksidan dan kaya dengan vitamin dan mineral.
Penggunaannya : Dijadikan bahan penaik rasa bagi makanan.Ini kerana daun kaduk mempunyai  sedikit aroma herba dan rasa yang berlada dan sedikit pahit.  Dibuat ulam dan kerabu

17. 

Nama Ulam-ulaman : Pokok Kemangi 
Nama Saintifik : Ocimum Americanum
Khasiat : Dapat mengubati batuk kerana bersifat narkotik. Air rebusan daun yang diminum mampu menyembuhkan selesema, resdung, asma dan membuang angin dalam badan. 
Penggunaannya : Digunakan sebagai rencah, perasa juga sebagai ulam

18.

Nama Ulam-ulaman : Terung Pipit
Nama Saintifik Solanum tarvum.
Khasiat Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit  perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah sebagai ulam atau pun dijadikan bahan dalam masakan

19.

Nama Ulam-ulaman Daun Maman
Nama Saintifik : Cleome gynandra
Khasiat Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi  air 88.3 g,  protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg),  fosforus (28 mg),  ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug),  vitamin A  (969 ug),  vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg)
Penggunaannya : Sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan dan pelbagai resipi masakan  tradisional yang digemari.

20.

Nama Ulam-ulaman : Daun Kesum
Nama Saintifik : Polygonum minus huds
Khasiat : sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam  pedas.
Penggunaannya :  Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur.  Untuk melegakan masalah perut tidak hadam.  Daun kesum direbus kemudian airnya diminum.

21.


Nama Ulam-ulaman : Pucuk Putat
Nama Saintifik : Barringtonia Racemosa
Khasiat Mencegah pening dan darah tinggi, membersihkan darah dan menguncupkan rahim.
Penggunaannya : Boleh dimakan sebagai mentah atau dimasak.

22.


Nama Ulam-ulaman : Pucuk Midin
Nama Saintifik : Stenochlaena palustris 
Khasiat : setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A  (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Penggunaannya : Boleh dijadikan ulaman dan juga dimasak

23.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk Paku
Nama Saintifik : Athyrium Esculentum
Khasiat :hidangan daun pakis atau daun paku terdapat komponen gizi yang mampu meningkatkan  kekebalan tubuh, mempercepat proses penyembuhan luka.
Penggunaannya : Boleh dijadikan ulaman atau dimasak

24.


Nama Ulam-ulaman : Lempoyang
Nama Saintifik : Zingiber zerumbit.
Khasiat : Rebusan daun lempoyang terbukti dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada  golongan wanita lepas bersalin
Penggunaannya : Rizom muda lempoyang dimakan secara berteusan sebagai ulam boleh digunakan  untuk menambah selera makan. 

25.

Nama Ulam-ulaman Buah Nenas
Nama Saintifik : Ananas comosus
Khasiat : Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan  masalah buang air besar yang tidak teratur.Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap  dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga  membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis  halus.

Penggunaannya Ia boleh digunakan sebagai penambah rasa masakan,dimakan sebagai ulam setelah  buah nenas masak

26.

Nama Ulam-ulaman : Sayur Kobis
Nama Saintifik : Brassica Oleracea
Khasiat : Berpotensi menghalang pembentukan hormon kelenjar tiroid di kalangan mereka yang  kekurangan iodin menerusi kandungan goitrogen. 
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah sebagai ulam dan dijadikan masakan

27.

Nama Ulam-ulaman : Peria
Nama Saintifik : Momordica Churantia
Khasiat : Berpotensi untuk merawat jangkitan HIV.Dalam perubatan Cina air rebusan peria dipercayai  boleh mengurangkan penyakit asma
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah sebagai ulam dan dijadikan masakan

28.


Nama Ulam-ulaman : Kacang Botol
Nama Saintifik : Psophocarpus Tetragonolubus
Khasiat : Mengandungi banyak kandungan protein,kalsium,zat besi dan Vit A.Air rebusan kacang  botol boleh digunakan untu merawat demam campak
Penggunaannya : Dijadikan ulam dimakan mentah atau dimasak.

29.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk Tenggek Burung
Nama Saintifik : Euodia redlevi

Khasiat Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama  mengecutkan rahim. Ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan pengaliran darah.
Penggunaannya : Tenggek burung ni biasanya di makan pucuk segar sebagai ulam. Rasanya lemak dan  kelat2 sikit. Makan dengan sambal tempoyak memang menyelerakan.

30.

Nama Ulam-ulaman : Bunga Kantan
Nama Saintifik : Phaeomeria Speciosa Koord
Khasiat Boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak.
 Boleh digunakan untuk mengubati kurang selera makan.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah dijadikan kerabu dan ulaman atau pun sebagai pembangkit  rasa dalam masakan

31.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk Cemperai
Nama Saintifik : Champeria griffithii,
Khasiat : cemperai juga dikatakan baik untuk mengubati ulser dan sakit sendi tulang. Akar dan daunnya  ditumbuk serta dibuat poltis untuk mengurangkan ulser. 

Penggunaannya Pucuk cemperaidimasak manis bersama ikan bilis dan isi keledek,jugadibuat ulam  mentah dimakan bersama sambal kelapa.

32.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk Pecah Beliang
Nama Saintifik : Strobilanthes crispus
Khasiat Daun pokok pecah beling banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat  kanser, kencing manis serta batu karang. Ia digunakan juga sebagai agen diuretic. 
Penggunaannya : Air rebusan daunnya boleh diminum dan daun nya dijadikan ulam.

33.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk Rebung
Nama Saintifik : Bambusa vulgaris 
Khasiat khasiat yang terdapat di dalam rebung di antaranya adalah serat dan kalium yang dapat  merawat stroke
Penggunaannya Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk, contohnya gulai  rebung dan sayur lodeh.

34.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk betik
Nama Saintifik : Carica papaya
Khasiat : Membantu penghadaman.
Penggunaannya : Amalan meminum air rebusan daun betik boleh membanyakkan air susu badan

35.


Nama Ulam-ulaman : Daun Ketumbar
Nama Saintifik : Coriandrum sativum
Khasiat Ia mengandungi kapasiti yang kuat sebagai anti radang bagi membantu melindungi terhadap  jangkitan bakteria salmonella dalam produk makanan. Ia juga boleh membantu gejala artritis,  meningkat kadar kolesterol HDL, mengurang LDL, membantu pencernaan, mencegah angin dan  kembung perut, menghalang jangkitan pada saluran kencing, mengurang rasa loya dan kekejangan  ketika haid, melegakan cirit birit, menggalakkan fungsi hati yang sehat, merangsang imun dan  bertindak sebagai ekspektoran.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah sebagai ulam dan juga dijadikan pembangkit rasa dalam  masakan.

36.


Nama Ulam-ulaman : Daun Pudina
Nama Saintifik : Mentha avensis
khasiat Pudina dikatakan berkhasiat untuk penawar lelah dan batuk
Penggunaannya : Daun yang segar dimakan sebagai ulam bersama dengan sambal belacan, sambal  kelapa dan sambal udang. Boleh juga dibuat sebagai campuran laksa dan nasi beriani atau dimasukkan  ke dalam teh dan bahan perasa untuk ubat gigi.

37.

Nama Ulam-ulaman : Buah Kedondong
Nama Saintifik Spondias Dulcis
Khasiat Buah kedondong dipercayai dapat merawat batuk. Caranya, ambil 2 atau 3 buah kedondong  yang matang. Cuci buah kedondong sehingga bersih dan diparut. Perah parutan buah tadi tanpa  menambah air. Jus yang terhasil tadi ditambah sedikit garam, minum 3 kali sehari.
Penggunaannya : Buah kedondong biasanya dimakan mentah atau dibuat jeruk

38.

Nama Ulam-ulaman : Buah Gajus
Nama Saintifik Anacardium occidentale
Khasiat : tiap-tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 88.6 g, protein 0.6 g,  lemak 0.2 mg, karbohidrat 9.5 g, serat 0.8 g, kalsium 3 mg, fosforus 15 mg, ferum 0.3 mg,  natrium 9 mg, karotena 35 ug vitamin A 5 ug, vitamin B1 0.02 mg vitamin B2 0.03 mg.  niasin 2.5 mg vitamin C 140 mg
Penggunaannya : Biji gajus yang diproses adalah makanan kudapan popular. Selain itu, biji gajus  penyedap rasa dalam pelbagai resipi masakan tradisional seperti nasi minyak, beriani dan dalca

39.

Nama Ulam-ulaman : Buah Macang
Nama Saintifik Mangifera foetida Lour 
Khasiat Daunnya dapat digunakan sebagai penurun demam, dan bijinya untuk mengobati penyakit  jamur, kudis dan eksim
.Penggunaannya Buah bacang yang muda biasanya direndam dalam air garam, sesudah dikupas dan  dipotong-potong, agar dapat dijadikan bahan dalam rojak atau jeruk Buah bacang biasanya dimakan segar setelah buah masak.
40.

Nama Ulam-ulaman : Tauge
Nama Saintifik : Vigna radiata
Khasiat : Taugeh sangat dipercayai oleh banyak orang dapat berfungsi sebagai peningkat kesuburan.  Taugeh mengandung vitamin E dan merupakan antioksidan yang berkhasiat dapat melindungi dari  serangan radikal bebas dan juga sangat baik untuk kesuburan rahim wanita.

Penggunaannya : Boleh dimakan mentah sebagai ulaman juga dimasak sebagai hidangan sayur.

41.

Nama Ulam-ulaman : Cili
Nama Saintifik : Capsicum Annum
Khasiat : Mengandungi vitamin A,B dan C kompleks serta komposisi vitamin lain sperti protein, karbohidrat serta karotin
Penggunaannya : Digunakan sebagai bahan makanan di dalam kebanyakan masakan.Boleh dimakan  mentah mahu pun dimasak.

42.

Nama Ulam-ulaman : Daun Cekur
Nama Saintifik : Kaempferia galanga
Khasiat : Menguncupkan rahim (untuk wanita lepas bersalin), mencegah sakit dan sengal tulang,  demam, batuk dan sakit kerongkong.
Penggunaannya : Daun cekur digunakan sebagai ulam
dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam.

43.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk Cekur Manis
Nama Saintifik Sauropus androgynus
Khasiat : Khasiat cekur manis dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran susu,melawas kencing  dan mengurangkan demam
Penggunaannya : Dicelur sebelum dijadikan ulam dan juga boleh dmasak sebagai hidangan sayur.

44.

Nama Ulam-ulaman : Terung Telunjuk
Nama Saintifik : Solanum Melongena
Khasiat : Setiap 100 gram terong telunjuk mengandung sekitar 1,75 gram protein yang berkhasiat  untuk pertumbuhan tubuh; 5,65 gram karbohidrat yang berfungsi sebagai penghasil tenaga.Selain itu  didalam terong telunjuk juga terdapat kandungan serat yang dapat mencegah sembelit, kandungan  kalsium yang dapat menguatkan gigi dan tulang serta adanya kandungan vitamin C di dalamnya.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah sebagai ulaman juga dimasak sebagai hidangan sayur.

45.

Nama Ulam-ulaman :Terung Unggu
Nama Saintifik : Solanum Melongena
Khasiat : Terong sangat berkhasiat untuk dijadikan sebagai pencegah penyakit diabetes.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah,dicelur untuk dijadikan ulam juga digunakan untuk dibuat  menjadi masakan

46.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk Ubi
Nama Saintifik : Manihot esculenta
Khasiat : 100% organik.Mengandungi pelbagai mineral,vitamin,asid amino dan protein  yang diperlukanoleh badan

Penggunaannya : Untuk dijadikan ulam, pucuk ubi akan dicelur terlebih dulu sebelum dihidangkan  untuk dimakan bersama sambal belacan.Boleh dijadikan masakan sayuran

47.

Nama Ulam-ulaman : Daun Mengkudu
Nama Saintifik : Morinda citrifolia
Khasiat : Mencegah sakit kepala, buasir, kembung dan menguncupkan rahim.
Penggunaannya :  Untuk dijadikan ulam, pucuk mengkudu akan dicelur terlebih dulu sebelum  dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan.Boleh dijadikan masakan sayuran

48.

Nama Ulam-ulaman : Belimbing Buluh
Nama Saintifik : Averrhoa bilimbi
Khasiat :belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan ntuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Daun, bunga dan buah belimbing buluh yang direbus sehingga mendidih dalam kuantiti yang sama banyak dan diminum setiap pagi boleh menyembuhkan batuk.
Penggunaannya Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.

49.

Nama Ulam-ulaman : Kacang Panjang
Nama Saintifik Vigna Unguiculata,
Khasiat : Kandungan antioksidan dan antibakteria yang terdapat di dalam kacang panjang juga dapat  menurunkan risiko kancer payu dara dan luekimia,membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat, menghindari penyakit anemia.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah,dicelur sebagai ulaman juga dijadikan masakan sayur.

50.

Nama Ulam-ulaman : Daun Selom
Nama Saintifik Oenanthe javanica
Khasiat :  Daun selom mengandungi banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan serabut. Daun dan batang selom dapat meredakan penyakit seperti bisul,  terkenan gigitan ular, kala jengking dan bengkak kerana kanser. Air rebusan selom boleh diminum  sebagai penawar demam selsema, susah buang air kecil dan berak berdarah.
Penggunaannya : Pucuk muda atau daun muda dan batang yang masih lembut sering dimakan sebagai  ulam dan biasanya dimakan dengan udang kering atau sambal kelapa. 

51.

Nama Ulam-ulaman : Kerdas
Nama Saintifik Pithecellobium bubalinum
Khasiat : Dipercayai boleh membersihkan buah pinggang,melawaskan kencing dan mengurangkan  risiko kencing manis
Penggunaannya : Isinya selalu dimakan bersama nasi sebagai ulaman

52.

Nama Ulam-ulaman : Jantung Pisang
Nama Saintifik : Musa sapientum
Khasiat : Kandungan seratnya tinggi,mengandungi karbohidrat yang memberi tenaga, di samping  protein, lemak, fosfurus dan zat besi.
Penggunaannya : Untuk dijadikan ulam, jantung pisang akan dicelur terlebih dulu sebelum  dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan.

53.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk Gajus
Nama Saintifik : Annacardium occidentale
Khasiat : Khasiat pucuk gajus untuk kesihatan menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan  kencing dan buang air besar, aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi sihat dan segar (sentiasa mengamalkan pengambilannya),  sesuai untuk kulit dan mata.

Penggunaannya : pucuk gajus begitu popular kerana daunnya boleh dijadikan ulam mentah 

54.

Nama Ulam-ulaman : Kacang Bendi
Nama Saintifik : Hibiscus Esculentus
Khasiat : Mengandungi 2% protein,7% karbohidrat,1% serat,kaya zat galian,vitamin dan kalsium
Penggunaannya : Kacang yang muda boleh dimakan mentah denagai ulam dan juga dimasak

55.

Nama Ulam-ulaman : Buah Binjai
Nama Saintifik : Gnetum gnemon
khasiat Setiap 100g pucuk dan buah muda belinjau mengandungi air 75.1mg, protein 6.6g,  lemak 1.2 g, karbohidrat 9.1g, fiber 6.8 g, kalsium 151mg, fosforus 224mg, ferum 2.5mg,  vitamin A 10889 I.U., niasin 1.2 mg dan vitamin C 121 mg.
Penggunaannya Pucuk atau daun muda, bunga dan kulit biji buah belinjau boleh dimakan.  Biji belinjau juga boleh dimakan setelah direbus atau digoreng. Bijinya juga boleh dijadikan kerepek,  keropok atau emping

56.

Nama Ulam-ulaman : Buah Durian Belanda
Nama Saintifik : Annona muricata L.
Khasiat : bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai  aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Penggunaannya : Buah ini dimakan apabilanya ranum.

57.

Nama Ulam-ulaman : Belimbing Besi
Nama Saintifik : Averrhoa carambola 
Khasiat Belimbing manis merupakan buah yang kaya vitamin A dan C yang bersifat antioksidan dan kalium. 
Penggunaannya : Buahnya boleh dijadikan ulam dan dimakan sama ada masih muda atau pun sudah  masak.Buahnya juga boleh dibuat jus

58.

Nama Ulam-ulaman : Daun Serai Kayu
Nama Saintifik : Syzygium polyanthum
Myrtaceae 
Khasiat Khasiatnya boleh merawat gatal-gatal badan dan boleh jadikan ulam-ulaman untuk awet  muda.
Penggunaannya : Salah satu ulaman di dalam masakan laksam.

59.

Nama Ulam-ulaman : Terung Asam
Nama Saintifik : Solanum Macrocarpon
Khasiat : Buah terung asam mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, serat, mineral dan  vitamin.
Penggunaannya Buahnya sering dijadikan sebagai semakin penyedap rasa dalam masakan  tradisional Melayu seperti masak lemak ikan darat atau kari. Buah terung ini boleh dibakar atau celur  untuk dijadikan ulam.

60.

Nama Ulam-ulaman : Tepus Tanah
Nama Saintifik Zingiber spectabile

Khasiat : Dalam perubatan melayu tradisional daun tepus biasanya ditumbuk lumat hingga menjadi  pes dan dijadikan ubat untuk mengurangkan bengkak."
Penggunaannya : Tepus boleh dimakan mentah sebagai ulam dan juga boleh dimasak sebagai  hidangan sayur.

61.

Nama Ulam-ulaman : Umbut Lengkuas
Nama Saintifik : Alpinia Galanga Stuntz
 
Khasiat :Boleh menambahkan selera  
 makan,membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak .Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga.

Penggunaannya : Umbut lengkuas boleh dimakan mentah sebagai ulam dan juga boleh dimasak  sebagai hidangan sayur.

62.

Nama Ulam-ulaman : Pucuk Bebuas
Nama Saintifik : Premna Spp 
Khasiat : Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium,  kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E.Ia boleh dimakan untuk  menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia  dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti  H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya

Penggunaannya Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan,  budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup  dan berbau.

63.

Nama Ulam-ulaman : Sengkuang
Nama Saintifik : Dracontomelon
Khasiat : Boleh mengatasi demam panas,meredakan demam,mampu mengubati selsema dan batuk, melawaskan buang air kecil dan sebagainya.
Penggunaannya : Dimakan mentah bersama kuah rojak atau sebagai ulaman

64.

Nama Ulam-ulaman : Jambu Batu
Nama Saintifik : Psidium guajava
Khasiat : Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta  daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi  mengubati sakit perut dan cirit birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus  yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu  batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut.

Penggunaannya : Dimakan mentah bersama kuah rojak atau sebagai ulaman

65.

Nama Ulam-ulaman : Jambu Air
Nama Saintifik : Syzygium aquem
Khasiat : Mengurangkan risiko kanser,mencerahkan kulit
Penggunaannya : Dimakan mentah bersama kuah rojak atau sebagai ulaman

66.

Nama Ulam-ulaman : Buah Mangga
Nama Saintifik : Mangifera Indica
Khasiat : Buah mangga telah dikatakan melegakan usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini  mudah dicernakan.ipercayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan  memanfaatkan otak.
Penggunaannya : Mangga muda dimakan mentah bersama kuah rojak atau sebagai ulaman,juga  dijadikan penambah rasa dalam masakan

67.

Nama Ulam-ulaman : Buah Betik
Nama Saintifik : Carica papaya 
Khasiat : Kaya dengan zat vitamin C.Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat  di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.
Penggunaannya : Betik muda dimakan mentah bersama kuah rojak atau sebagai ulaman,juga  dijadikan penambah rasa dalam masakan

68.
Nama Ulam-ulaman : Pisang Muda
Nama Saintifik : Musa Paradiasca
Khasiat kanji dalam pisang muda juga berupaya membantu menghindari penyakit cirit-birit dan  kanser kolon.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah sebagai ulam juga boleh dijadikan hidangan sayur.

69.

Nama Ulam-ulaman : Epal Hijau
Nama Saintifik : Malus Domestica.
Khasiat : Di antara zat yang terdapat di dalam epal hijau ialah zat besi, magnesium, potasium,  kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah  larut. Anda juga digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya, ini kerana sebahagian kandungan  vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Penggunaannya : Epal hijau dimakan segar bersama kuah rojak atau sebagai ulaman atau kerabu.

70.

Nama Ulam-ulaman : Petai Belalang
Nama Saintifik : Leucaena leucocephala
Khasiat : Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang,  kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama  najis.
Penggunaannya : Boleh dimakan mentah sebagai ulaman

71.

Nama Ulam-ulaman : Buah dan Daun Ceremai
Nama Saintifik Phyllanthus acidus
Khasiat : Khasiat dan manfaat daun cermai cukup banyak karena terdapat kandungan air, saponin,  karbohidrad, flavonoida, polifenol, tanin, lemak dan serat. Manfaat dan khasiat buah cermai  sendirimengandung tinggi serat, vitamin C dan mineral. 

Penggunaannya : Pucuk nya direbus untuk menghasil air rebusan manakala buah ceremai boleh  dimakan segar atau dimasukkan dalam masakan

72.

Nama Ulam-ulaman : Asam Paya/Kelubi
Nama Saintifik :Eleiodoxa conferta
Khasiat :Dipercayai buah asam kelubi boleh melegakan batuk-batuk dan melunakkan suara.
Penggunaannya : Buah kelubi dijadikan jeruk dan air jeruk ini boleh dijadikan cuka.Buah kelubi juga  boleh dijadikan sambal kelubidan dicicah bersama ulam-ulaman

73.

Nama Ulam-ulaman : Paku Uban
Nama Saintifik : Nephrolepis acutifolia)
Khasiat : Memakan pucuk paku uban yang direbus dengan halia merah tanpa garam atau perasa  makanan dapat menambahkan kuantiti air susu seorang ibu.

Penggunaannya : Boleh dicelur untuk dijadikan ulam dan kerabu.

74.

Nama Ulam-ulaman : Baby Kai Lan
Nama Saintifik : Brassica Alboglabra
Khasiat : sayur kailan juga mengandungi Vitamin C yang diperlukan untuk tumbesaran dan  perkembangan tisu, kesihatan kulit , menjaga kesihatan system penghadaman dan perkembangan mata  dengan baik.

Penggunaannya : Kebiasaannya kailan dimakan mentah, digoreng atau dimasak.

75.

Nama Ulam-ulaman : Asam Kumbang
Nama Saintifik : Mangifera Pajang
Khasiat : Buah mangga telah dikatakan melegakan usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini  mudah dicernakan,percayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan  memanfaatkan otak.
Penggunaannya : Asam Kumbang muda dimakan mentah atau sebagai ulaman,juga dijadikan  penambah rasa dalam masakan.Ianya boleh dimakan segar bila ianya masak ranum.

76.

Nama Ulam-ulaman : Kucai
Nama Saintifik : Allium tuberosum

khasiat : Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati  penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.Kucai bertindak sebagai  antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses  pengecutan serta pengembangan usus.

Penggunaannya : Boleh dicelur sebelum dijadikan ulaman atau dijadikan bahan dalam masakan.

77.

Nama Ulam-ulaman : Tomato Ceri
Nama Saintifik :  Solanum lycopersicum var. cerasiforme
Khasiat : Kaya dengan antioksidan.Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.  Melancarkan perjalanan darah
Penggunaannya : Boleh dimakan segar,dijadikan bahan dalam masakan.

78.

Nama Ulam-ulaman : Daun Peria Pantai
Nama Saintifik : Colubrina asiatica
Khasiat : Ia juga dikatakan dapat menstabilkan tekanan darah selain dari membantu mengawal  diabetes.

Penggunaannya : Daunnya dicelur sebelum dijadikan
ulam dan boleh juga dimasak sebagai hidangan sayur.

79.

Nama Ulam-ulaman : Kobis Cina
Nama Saintifik : Brassica campestris subs. napus var. pekinensis
Khasiat : Dipercayai ianya mempunyai sifat pengelak jangkitan yang tinggi terkandung dalamnya. 
Penggunaannya Daunnya adalah bahagian yang dibuat makan sama ada dimasak ataupun dimakan  sebagai ulam.

80.

Nama Ulam-ulaman : Daun Ubi Keledek
Nama Saintifik : Ipomoea batatas
Khasiat : Boleh mengubati demam, panas badan, sakit perut, luka, bisul dan kulit melecur.

Penggunaannya : Boleh dicelur sebelum dijadikan ulaman atau dijadikan bahan dalam masakan.

81.

Nama Ulam-ulaman : Lobak Merah
Nama Saintifik :  Daucus Carota

Khasiat : Lobak merah mengandungi banyak vitamin A.Karotin menghalang pertumbuhan dan  pembiakan kanser.Bertindak untuk menghindarkan selsema.Melancarkan aliran haid dan air kencing.
Penggunaannya : Boleh dimakan segar sebagai ulam atau dijadikan bahan dalam masakan